Thursday, May 04, 2006

Fikirkan.....

Aku ni kadang-kadang terfikir, "mereka" ni tak terfikir ke atau buat2 tak tau??? perlukah peneguran atau menasihat seseorang dengan cara kasar atau kurang ajar..bukan apa, baru2 ni aku ada terjumpa sebuah tape editing (rushes) yang aku kena edit, dlm tu ada satu projek yg mempunyai unsur2 999(konon dia(m) lebih hebat dari polis sehingga dia yang soal dulu, tidakkah dia ni terfikir bahawa ada double standard iaitu apabila anak/ keluarga /polis sendiri melakukan kesalahan, mereka akan dilepaskan sbb perkara ni pernah berlaku depan mata aku) atau cara jabatan agama(tidak berpelajaran tinggi atau tidak ada akhlak orang Islam) iaitu, mereka menegur sepasang couple yg duduk berdua2an kat taman klcc yang mana ketika itu, ramai lagi orang disekitar itu malah guard klcc pun ada, apabila mereka ini datang menegur, mereka menegur seperti mereka ini adalah MALAIKAT atau insan yang tidak pernah buat dosa sebesar zarah pun...dgn cara mereka ini membuat aku sakit hati kerana mereka ini tidak bersifat mendidik atau berhemah, menegur pasangan itu seperti pesalah yang membunuh budak kecil.
Apabila sedang mnegur mereka, datanglah seorang guard klcc dan bertanya kpd pasangan itu, adakah mereka menghadapi masalah dgn "pasukan kononnya pencegah maksiat", jadi lepa seketika guard pun menegur "pasukan" itu, perbuatan diaorg ini salah kerana disitu tempat awam dan ramai orang dan mereka ini bukannya penguatkuasa. Oklah, tapi apa yg aku nak sampaikan mmg betul kita sesama Islam perlu menegur tetapi mesti dgn berhemah bukannya macam orang kafir. Dan apabila aku perhatikan "pasukan" itu, aku mendapati salah seorang dari mereka yang bertudung hitam, aku kenal dan dia selalu berpakaian seksi dan tidak bertudung tetapi dlm rakaman itu, dia bertudung dan selalu jugak aku nampak dia berkepit kehulu kehilir dan kadang2 rumah sewa dia tu lelaki selalu masuk dan siap tidur lagi tu, tu ISLAM ke klu macam tu, ...Pelik kan, dgn orang zaman sekarang, bercakap pasal Islam tetapi HIPOKRIT dan klu bahasa kasar MUNAFIQ la....
BIla tgk orang lain buat salah, fuh dgn bangganya menegur, kata pasal Islam tetapi bila dia buat, tak pula terfikir lepas tu cover2 jgn sampai orang nampak apa yg korang buat.
Apa yang ingin aku sampaikan adalah, Sebelum kita berbuat sesuatu, fikir dulu jgn jd HIPOKRIT kerana suatu hari nanti sifat itu akan makan diri kita..Bagi aku yang meluahkan, aku yakin bahawa peneguran yang berhemah dan bijak, lebih mendalam kesannya...Aku harap sesaper yg baca ni faham akan maksud ku...BE UR SELF...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home